.
RSS

Tuesday, May 30, 2006

version 1

pertamanya, kamu pernah dengar cerita tentang salji putih? salji putih dan ibu tirinya yang jahat. sebenarnya, cerita yang kamu dengar itu, semuanya dusta belaka. cerita yang benarnya begini.

pada zaman nakhoda menongkat bintang dan si lanun berlari tempang, bumi masih bersegi, dan matahari mengelilingi bumi, diamlah seorang gadis cantik rupawan di hujung terpencil kota. namanya salji putih. ibunya, nur nilam sari, sudah pulang ke rahmatullah, mati bersalin. dan maka diam lah dia seorang diri hingga ayahnya berkahwin lagi satu bagai ayah-ayah sentiasa buat jika kehilangan bini, perlu ganti satu lagi.

ibu yang baru ini, namanya tun teja. arakian, tun teja ini, orangnya sangatlah perasan sekali. kendati pun, wajahnya tidaklah seayu mana, beliau tetap dengan pendirian perasannya. dan sesungguhnya si ibu tiri ini, punya satu cermin kuasa. tiap-tiap hari, ditanyanya pada cermin kuasa itu,

"cermin sakti, cermin kuasa
beri khabar yang paling jelita seluruh kota
jika kamu ingkar menyembah
dengan tapak tangan ini juga kamu akan pecah"

dan si cermin sakti yang sayang nyawa itu, tiap-tiap hari pun mengkhabarkan yang mana paling jelita. paling jelita dalam kota. kerana sayang nyawa yang teramat, cermin sakti itu, setiap kali mengkhabarkan pun, tidak pernahlah dia berkata benar. dibodeknya si ibu tiri bertahun lamanya. dikata ibu tiri yang paling jelita, paling anggun, ayu dan hot, semua dalam satu.

hinggalah pada suatu hari, salji putih, yang memang tiada kerja di dalam rumahnya itu berlalu di depan cermin sakti itu. dan jatuhlah hati kaca si cermin itu pada salji putih akan keayuan dan kejelitawan salji putih itu. setiap hari dan setiap ketika, si cermin sentiasa berdoa dia dapat melihat salji putih.